Sejarah Surau

 

25 okt 2002

 

مَدْرَسَة الصَفِيَّة الأَحْمَدِيَّة

 

SEJARAH SURAU MADRASAH AL-SAFIAH AL-AHMADIAH

 

SURAU BATU 9 LEKIR INI TELAH DIBINA PADA TARIKH 07.09.1951M BERSAMAAN 05 ZULHIJJAH 1370H OLEH HJ. AHAMAD (BAPA HAJJAH SAFIAH) DI BAWAH KARIAH MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR. TUAN GURU HAJI ABDUL AZIZ BIN SHABUDIN BIN SAGAP (0638753) TELAH MENERUSKAN USAHA PENGIMARAHAN SURAU BERSAMA PASANGANNYA HAJJAH SAFIAH BT AHAMAD (230927-08-5438/0638754) YANG MERUPAKAN PEMILIK TANAH. PADA PERMULAANNYA NAMA SURAU INI DIKENALI DENGAN NAMA SURAU USTAZ AZIZ. NAMUN SETELAH ITU BERTUKAR NAMA KEPADA NAMA SURAU MADRASAH AL-SAFIAH AL-AHMADIAH. NAMA SURAU INI TELAH DIBERIKAN OLEH MEREKA BERDUA YANG DISAKSIKAN OLEH HJ AHMAD FAUZI, HJ OMAR, HJ. ZAINUDDIN, HJ. RAZALI, YOP PUTIH DAN BEBERAPA INSAN YANG SEDANG MENYEDIAKAN MASAKAN UNTUK JAMUAN MAKAN PADA MALAM JUMAAT PADA TAHUN 1986M.

 LAFAZ WAKAF ITU DINYATAKAN DENGAN JELAS IAITU “AKU WAKAFKAN TAPAK SURAU INI BERMULA DARI BATANG NYOR (POKOK KELAPA) INI HINGGALAH KE PEKAN (JALAN RAYA TAR) KEPADA MASJID AL-RAHMANIAH, BATU 8 LEKIR”. SURAU INI DI NAMAKAN MADRASAH KERANA MENJADI PUSAT PENGAJIAN AGAMA DI LEKIR PADA ERA TERSEBUT. SURAU INI TELAH MENGALAMI PERUBAHAN FIZIKAL SEBANYAK TIGA KALI IAITU:

1.     SURAU PAPAN KAYU LAMA (07.09.1951M – TIADA CATATAN)

2.   SURAU PAPAN KAYU MERAH (TIADA CATATAN – 30.10.2002M

3.   SURAU BATU BANTUAN P.L.B (2002M-HINGGA KINI)

 PEMBINAAN SURAU BATU TELAH MENDAPAT KEIZINAN HJH SAFIAH ATAS PERMINTAAN MUSLIMAT YANG SUKAR UNTUK MENAIKI TANGGA SURAU YANG DIAJUKAN KEPADA SETIAUSAHA SURAU HAJI AHMAD FAUZI BIN DESA. BELIAU MEMOHON KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM UNTUK MENDAPAT PERUNTUKAN DARI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (P.L.B) DENGAN PERUNTUKAN RM140,000.00. NAMUN KOS INI HANYA DIGUNAKAN SEBANYAK RM70,000.00 ATAS SEBAB LALUAN KELUAR MASUK LORONG YANG SEMPIT. MANAKALA BAKI KOS TERSEBUT TELAH BERPINDAH KE SURAU DI BATU 3 SEGARI. PERMOHONAN RM15,000.00 KEPADA MENTERI BESAR PERAK DIUSAHAKAN UNTUK MEMBINA AWNING, CAT DAN CARPET SURAU. KUTIPAN ORANG RAMAI DIPOHONKAN UNTUK MEMBINA TANDAS SEBANYAK RM3,700.00.

 SURAU INI MENJADI PUSAT PENGAJIAN FEKAH DAN TASAWUF OLEH TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ B SHABUDDIN (1970-AN HINGGA 1995M). TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ B SHABUDDIN TELAH MENGALAMI SERANGAN JANTUNG KETIKA SEDANG MENGAJAR KULIAH MAGHRIB DI SURAU INI KETIKA BERUSIA 79 TAHUN. SELANG BEBERAPA HARI KEMUDIAN TUAN GURU TELAH MENINGGAL DUNIA. ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN ADALAH SURAU INI MENJADI TEMPAT BERIBADAH SOLAT FARDU LIMA WAKTU SETIAP HARI, BACAAN SURAH YASIN DAN TAHLIL SETIAP KHAMIS MALAM JUMAAT DAN KULIAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SECARA BULANAN.

BIODATA TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ B SHABUDIN

TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ B SHABUDIN TELAH DILAHIRKAN PADA 1916M. BELIAU TELAH BERUMAH TANGGA DENGAN HAJJAH SAFIAH BINTI AHAMAD PADA 02.10.1943M BERSAMAAN 02 SYAWAL 1362H. BELIAU DIKURNIAKAN 8 ORANG ANAK 4 LELAKI DAN 4 PEREMPUAN.

ANAK-ANAK BELIAU:

1.     FATHUL RAHMAN (SALIM) B ABDUL AZIZ (09.10.1944-08.03.2020)

2.     HJ. AHMAD B ABDUL AZIZ (18.02.1946-20.11.2017)

3.     HJ. MOHAMAD SAID (RAZAK) B ABDUL AZIZ (05.09.1948-08.12.2006)

4.     HJ. MOHAMAD GHAZALI B ABDUL AZIZ (19.12.1949)

5.     HJH. MARIAM B ABDUL AZIZ (01.10.1952)

6.     HJH. AIZAH B ABDUL AZIZ (10.10.1955-28.04.2015)

7.     HJH. HAZAMI B ABDUL AZIZ (09.12.1957)

8.     HAWA FAUZIAH B ABDUL AZIZ (26.03.1964)


PENDIDIKAN TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ B SHABUDIN

BELIAU MENDAPAT PENDIDIKAN AGAMA DALAM SISTEM PONDOK IAITU MADRASAH IRSYADIAH DINIYAH, BATU 26 BAGAN DATUK, PERAK. BELIAU TELAH MENDAPAT KEPERCAYAAN SEBAGAI KETUA MUTOLAAH DI PONDOK TERSEBUT DENGAN RESTU DAN TUNJUK AJAR TUAN GURU HAJI GHAZALI BIN HAJI ARSYAD. TUAN GURU HJ. GHAZALI KERAP HADIR KE RUMAH BELIAU DI LEKIR SETELAH TAMAT PENGAJIAN DI MADRASAH IRSYADIAH DINIYAH. TUAN GURU HJ. GHAZALI TELAH MENGIMAMI SOLAT JENAZAH TN. GURU HJ. ABDUL AZIZ B SHABUDIN DI MASJID AL-RAHMANIAH, BATU 8 LEKIR. BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA PADA 02.02.1995M BERSAMAAN 02 RAMADHAN 1415H HARI KHAMIS JAM 5.00 PTG BERUSIA 79 TAHUN. HJH SAFIAH BT AHAMAD DILAHIRKAN PADA TANGGAL 27.09.1923M DAN TELAH MENINGGAL DUNIA 22.05.2015M BERSAMAAN 04 SHA’BAN 1436H HARI JUMAAT JAM 2.48 PAGI BERUSIA 90 TAHUN.

 ANTARA KITAB YANG KERAP DIGUNAKAN DI MADRASAH AL-SAFIAH AL-AHMADIAH ADALAH:

1.     FEQAH: SABIL AL-MUHTADIN, KASYF AL-LISAM, BUGHYAT AL-TULAB, FATH AL-MUIN, KIFAYAH AL-MUBTADI, SAFINAH AL-NAJA & FATH AL-QARIB.

2.     SIRAH: NURUL YAQIN.

3.     AKIDAH/TAUHID: AQIDAH AL-NAJIN & TUHFAH AL-MURID,

    TAFSIR: FUTUHAT AL-ILAHIYYAH SYARAH TAFSIR JALALAIN & TAFSIR JUZUK AMMA.

5.     TASAWUF: HIKAM, PENAWAR BAGI HATI, HIDAYAH AL-SALIKIN & SIR AL-SALIKIN

 

KERJAYA DAN PERANAN HJ ABDUL AZIZ B SHABUDIN

1.     AHLI JAWATAN KUASA KARIAH BATU 8 LEKIR.

2.     IMAM MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR. (AKHIR 1960AN-1995)

3.     GURU TAULIAH NEGERI PERAK.

4.     GURU AGAMA SEKOLAH KHAS.

5.     GURU BESAR DARJAH KHAS DINDING PERAK.

 

SENARAI PENGERUSI SURAU

MADRASAH SAFIAH AL-AHMADIAH

1.     TN. HAJI AHAMAD                                                         (1951-1965)

2.     TN. HAJI ABDUL AZIZ BIN SHABUDIN.                       (1965-1995)

3.     TN. HAJI ABDUL RAHMAN BIN AHMAD BAKEK.     (1995-2020)

4.     TN. HAJI AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID      (2020-KINI)

 

GAMBAR TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ B SHABUDIN




  











No comments:

Post a Comment